Monday, April 20, 2009

IMAN AKAL DAN NAFSU

Cerita ini akan berkait dengan watak si A.

Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang
(dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.

Situasi pertama.
Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama.
Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, " Ala, kau jangan jadi hipokrit la....rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?"....
A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.

Situasi kedua.
Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut.
Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.
Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,"Ha...ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"....dengan nada yang sinis.
A pun menjawab..."Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita".

Situasi ketiga.
Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu.
Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik. Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini," Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik".


Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?
Manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari.
Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?
Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.

Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.

Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.

Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.
Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.
Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.
Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?
Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci.

MANUSIA ADA IMAN AKAL SERTA NAFSU .

Thursday, April 16, 2009

CHAMPION LEAGUE MY PREDICTION

WAZZUP ,
GUESS WHO ARE THE TOP 4 SEMI FINAL CHAMPION LEAGUE EUROPE FOOTBALL , AND MY PREDICTION ARE ;

MANCHESTER UNITED VS ARSENAL
BARCELONA VS CHELSEA

AND THEN I GUESS THAT WHO ARE IN THE FINAL :

MANCHESTER UNITED VS BARCELONA

AND FOR THIS FINAL SESSION , I WOULD LIKE TO CHOOSE BARCELONA WHO CAN GRAB THE CUP CHAMPIONS LEAGUE ALTHOUGH THE MUFC HAD WON THE CUP BEFORE THIS . ITS SO BORED IF THE FINAL BETWEEN FROM THE ENGLAND CLUB FOOTBALL , U KNOW LIKE WE WATCHING THE FA CUP , HEHE ..... " WHATEVER YOU LIKE FREESTYLE SAID BY FLO RIDA " ..

Wednesday, April 15, 2009

KEBAIKAN MINUM SUSU

SUSU IBU / KAUM WANITA ;
Susu ibuu merupakan makanan dan minuman paling best untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Nyamm nyamm , Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

KEBAIKAN SUSU SOYA ;

1. FUNGSI MEMORI ;
Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.

2. PEMBANGKIT TENAGA ;
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.

3. PENURUNAN BERAT BADAN ;
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot – tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

KESIMPULANNYA , PILIH LAH SUSU YANG BERKUALITI .

Monday, April 06, 2009

PROJET 30. MOTORSPORT

TAHUN INI DALAM PERANCANGAN AKAN BERMULA SALAH SATU PROJEK MOTORSPORT 30 .. HEHE , CUKUP BUDGET , JALAN ..WE WILL SEE ... SMOKEE DONUT .!!! TURBIN GOING !!!

WHO IS NOBITA .?


Nobita is the biggest loser of all anime history. Nobita is clumsy, crys a lot, gets zeros on all his tests, sucks at all sports, and always gets bullied by Jyian and Suneo. He is the boy that Doraemon helps A LOT. He is the one that messes up everything that Doraemon gives him. Now that I think of it, Doraemon is pretty stupid to give him all the gadgets. Without the help of Doraemon, he would probably be dead right now. Doraemon's object right now is to try to make Nobita's future a good one. One thing, he has to change is to give him a better wife, and the perfect person is Shizuka.Hehe...

4ever

4ever
BBS