Saturday, February 27, 2010

BERCAKAP MENGENAI KEBERKATAN

Berkat... suatu kalimah yang telah mula asing ditelinga kita akhir-akhir ini. Terlalu asing, ianya menjadi terlalu asing kepada kita semua. Kalau dulu semasa kita kecil-kecil kalimah itu benar-benar melekat dijiwa. Kalimah itu sering meluncur dibibir-bibir orang0orang tua di kampung. Kalimah itu juga sering bermain-main dimulut nenek kita di kampong...Hari ini, kita telah melupakan berkat itu dalam hidup... Ya. Berkat satu kalimah yang sukar untuk diterjemahkan dengan lisan. Sukar... hanya yang mengerti dan memahami sahaja mampu mengungkapkan. Mungkin kerana dunia hari ini moden, dunia yang segalanya berpusatkan kebendaan menjauhkan kita dari mencari keberkatan atau langsung tidak pernah memikirkan keberkatan dalam hidup kita.... masih terngiang lagi ditelinga kita apabila bercakap tentang keberkatan, " Hari ini, semakin banyak yang kita dapat semakin jauh kita dengan Allah... semakin kita tidak punya masa walau seminit dua untuk Dia yang memberikan pimjaman kepada kita " itulah kata ustaz dalam kuliahnya... " Semakin banyak kita dapat, semakin tidak cukup pada kita, semakin menghimpit dirasakan... Itulah tandanya hilang keberkatan hidup..." Sambung ustaz lagi. Erm... itulah tanda hilang keberkatan hidup!!! Lantas hati tertanya... Mungkinkah kita juga sebahagian darinya. Sebahagian dari mereka yang telah ditarik oleh Allah keberkatan dalam hidup. Sering merasakan ketidak cukupan dalam hidup, sering tidak punya masa untuk Allah hatta untuk datang solat berjemaah apa lagi duduk mendengar peringatan Allah di kuliah-kuliah agama yang di adakan.Apa lagi yang cuba kita cari selain dari keberkatan hidup di dunia ini.. jika tidak punya keberkatan hidup berjayakah kita untuk mengharungi alam akhirat kelak.. Nafas rasa terhenti seketika memikirkan apakah hidup ini di bawah keberkatan Allah.. sedangkan jika di munasabah diri kita di kalangan orang yang tidak pernah cukup dan tiada masa dengan Allah.. Puas hati ini memikirkan...Ya Allah jika kekayaan aku mendorong aku melupakan mu, jika kekayaan itu menghilangkan keberkatan hidup ini maka kau ambiklah kembali harta itu tetapi pulanglah keberkatan hidup yang kau tarik dari diri hamba mu ini ya Allah... Amin.

Sunday, February 21, 2010

JIKA IA SEBUAH CINTA

jika ia sebuah CINTA…
... ia tidak mendengarnamun sentiasa bergetar….
ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati…
ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi..
ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaannamun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

semuanya.. jika ianya sebuah cinta....

PENEMPATAN KERJA

HUHUU...AKU MENGIRA HARI NIE ,...... AHAD , ISNIN , SELASA , RABU , KHAMIS , JUMAAT , SABTU ... AHAD .. BLA BLA BLA....... BULAN 4 DAH NAK ABIS KURSUS LANJUTAN DI WISMA BELIA NIE .... HUUU .... SEKARANG NIE DAH NAK LAST BULAN FEBRUARI ... TIP TAP TIP TAP , TINGGAL SATU BULAN LEBIH LAGI JEE.... TAPI AKU MENANTI KEPUTUSAN RESULT DI MANAKAH AKU AKAN POSTING SELEPAS ABIS LATIHAN DI SINI . ? .. TU LA YANG SELALU TERPIKIR PIKIR ... DI MANAKAH AKU DALAM TEMPOH 3 BULAN LAGI ... ? SEMENANJUNG , SABAH ATAU SARAWAK .. ? .. AKU MENANTI DENGAN PENUH KESABARAN TAW , KALO BOLEH TAK NAK SABAH SARAWAK ... AKU NAK DI SEMENANJUNG , AREA TERENGGANU... AKU ADA ORANG TERSAYANG KAT NEGERI TU TAW , DIA DUK KAT KG YAK YAH , IBUK KEMAMAN ....AKU SAYANG SANGAT KAT DIA ... TAK NAK LA DUK JAUH JAUH DARI DIA.. KALO BOLEH NAK DEKAT DEKAT JE , AMIN AMIN AMIN ..... TAPI KALO KEHENDAK PERKHIDMATAN HANTAR AKU JAUH JAUH , NAK WAT CMNE EAK..? TERIMA JE LA NGAN REDHA.....DAN AKU MINTAK MINTAK LA NANTI , AKU AKAN DIPOSTING KE PUSAT LATIHAN APMM YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN DI SUNGAI ULAR , LAGI DEKAT ... HEHE , NAK BALIK KUANTAN LEH .. BALIK KG YAK YAH PUN LEH GAK... TENGAH TENGAH LAK TU JARAK ANTARA KUANTAN NGAN KEMAMAN , HEHE ....

AWASAN MERAH II

HARI NI AKU DUTY , AWASAN MERAH II PUNYA TURN LAK . HUUU...... NAK NAK CUTI ARI AHAD NIE , KENA LA DUTY 4 JAM... 2 JAM : PUKUL 6.00 ptg - 8.00mlm , aku duty di AMOURY , IAiTU MENJAGA DI BILIK SENJATA ... 2 JAM : 4.00 pagi - 6.00 pagi lak nanti , aKU DUT DI LOBY MASTER LAK.... WALAUPUN 4 JAM , TAPI DUTY KAT SINI MEMANG RELAKS..SUKE SANGAT-SANGAT , KALAU DUTY DI LOBY MASTER , TUGASNYE MACAM MEMBUAT PENGUMUMAN , MANYAMBUT TETAMU , MACAM KERJA RECEPTIONIST LAK .... KALAU DUTY DI AMOURY LAK , TUGASNYE CUMA MENGAWASI PERSEKITARAN DI BILIK SENJATA , WALAUPUN BILIK SENJATA DIKUNCI RAPI ... TAPI KALO DUTY DI AMOURY SELEPAS PUKUL 12.00 TGH MALAM , RAMAI YANG DUTY PUN TIDUR SEMACAM JER.. HAHA , CUKUP WAKTU CLOSE OUT , BALIK ... TAPI KADANG KADANG TU , DUTY DI AMOURY NI , SALAH SEORANG BIASANYE AKAN BERJAGA .. IKUT SHIFT SEMENTARA PARTNER TENGAH NYENYAK TIDUR... HUUU... SEBENARNYA KAT SINI TERBAHAGI KEPADA 4 AWASAN : AWASAN MERAH I , AWASAN MERAH II , AWASAN HIJAU I DAN AWASAN HIJAU II ... AWASAN AWASAN NIE AKAN BERGILIR GILIR DUTY DARI HARI KE HARI ....SECARA PURATANYE DI WISMA BELIA NIE , SETIAP AWASAN AKAN DIANGGOTAI OLEH 40 ORANG ..... PENGHULU , TIMBALAN PENGHULU , USTAZ , DAN SETIAP KETUA KELAS TIDAK AKAN TERMASUK DALAM DUTY AWASAN AWASAN DI WISMA BELIA NIE , SEBAB MEREKA DIBERI PENGECUALIAN DUTY . HUUUUuuu..... APE APE PUN , TUGAS PERLU DILAKUKAN DENGAN IKHLAS DAN TANGGUNGJAWAB , HEHE... K LA , NANTI AKU CITER LAGI KALO KESEMPATAN , . CHAW..

Tuesday, February 09, 2010

RUTIN BRAVO BERKUATKUASA

Hooooray.... Dapat rutin BRAVO dah , akhirnya setelah menunggu masa demi masa , hari demi hari , dan bersabar sepanjang rutin ALFA....pada malam tadi pada pukul 9.15 malam , Pegawai Waren II Johar telah memanggil semua pelatih LK II Maritim untuk memberitahu memo daripada Kapten Adun merangkap Komandan Pusat Latihan APMM Kuantan bahawasanya rutin BRAVO berkuatkuasa pada 11hb Februari 2010...Lusa , kami semua dibenarkan keluar...TETAPI ...... awasan yang bertugas tidak dibenarkan keluar outing . Hari pelepasan bagi pelatih maritim adalah hari SELASA , KHAMIS , SABTU dan AHAD sahaja . Hari Selasa dan Khamis , pelepasan bermula pada pukul 6.00 petang sehingga pukul 10.00 malam sahaja ... Manakala pelepasan pada hari Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 11.00 tengah hari sehingga pada pukul 10.00 malam . HOOOOoooray..!!!!..... diharapkan kepada semua kawan kawan dapat mematuhi segala peraturan dan mengekalkan tahap kebersihan walaupun sudah berada di rutin Bravo..Macam macam boleh berlaku . K , thanks kepada pusat latihan APMM .

Wednesday, February 03, 2010

KURSUS BIRO TATANEGARA

BERANGKAT KE SUNGAI SIPUT , KEM INTAN SURAYA PADA PUKUL 7 PAGI ESOK DAN BALIK PADA HARI ISNIN.

Monday, February 01, 2010

KUNCI PERSAHABATAN

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda.

Bersikap terbuka baik untuk anda.

Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

Hargai pendapat satu sama lain.

Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

Jangan mengata di belakang kawan anda.

Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

4ever

4ever
BBS