Sunday, April 24, 2011

PERJALANAN MASIH JAUH

JAUH .. ? KENAPA ? .. SEBAB ANGKA .. TAHUN 2011 DAN UMURKU 23 TAHUN ... PERJALANANKU MASIH JAUH .... BANYAK PERKARA YANG PERLU AKU JALANI LAGI .. SATU PERSATU ..KALAU DISEBUT TENTANG ANGKA 2020 , 31 TAHUN .... YUP , UMUR SAYA 31 TAHUN , SAYA JADI APA YE ? BANYAK PERANCANGAN . ORANG CAKAP KEHIDUPAN LELAKI YANG SEBENAR BERMULA UMUR 40 TAHUN .. BETUL KE ..NTAH LA , AKU PUN PENAH DENGAR GAK STATEMENT MACAM TU , BANYAK BENDA AKU NAK BUAT DALAM HIDUP AKU NIE , CITA-CITA SAYA TINGGI ... BERNIAGA , BELAJAR SAMPAI PHD , MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI , BERKAHWIN , DAN MACAM MACAM LAGI ..... AKU TERINGIN NAK JADI MACAM AZMIL MUSTAPHA A.K.A ALI SETAN TU , BERHIJRAH KE NEGARA ORANG , MENDALAMI AGAMA ISLAM DAN MENJADI PENDAKWAH , SETIAP ORANG DIWAJIBKAN BERDAKWAH TAPI MELALUI SALURAN MASING-MASING ..SIGNOUT.

DUTY PAMERAN TLDM

SABTU MALAM PUKUL 10:00 MALAM-4.00 PAGI DIIKUTI DUTY OPERASI HARI AHAD 8.00 PAGI AHAD - 8.00 PAGI ISNIN . HUHU

Thursday, April 21, 2011

BETAPA KECIKNYA BUMI , BETAPA KERDILNYA AKU ..


BAGAIMANAKAH ANDA SOLAT ? KHUSYUK .. ?


Mengimbau kembali awal tahun 1980-an, kita pasti akan mengingati kehebatan basikal bergelar BMX yang sering menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja. Kerangka keluli yang kukuh, ringan dan kelihatan sporty menjadikannya begitu popular, malah kanak-kanak sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk memiliki basikal idaman mereka.

Pada waktu itu, kelibat basikal BMX bagaikan menjadi hiasan di taman-taman permainan dan perumahan apabila sentiasa ditunggang oleh remaja.

Basikal BMX juga mempunyai daya penarik tersendiri apabila ibu bapa menjadikan basikal tersebut sebagai galakan kepada anak-anak memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Populariti basikal BMX terus memuncak sehinggalah Kuala Lumpur diberi penghormatan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa X Games Asia pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2006.

Sukan X Games boleh dianggap sebagai platform terbaik kepada atlet sukan lasak tempatan menunjukkan bakat terpendam mereka di peringkat antarabangsa.

Ini kerana atlet sukan lasak antarabangsa sudah lama diiktiraf sehingga mendapat penajaan dan boleh mencari sumber pendapatan melalui sukan kegemaran mereka.

Di negara ini, sukan lasak turut mendapat pengiktirafan sehingga taman-taman lasak dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penggemar sukan lasak itu agar dapat terus aktif dalam sukan kegemaran mereka.

Menghidupkan zaman BMX

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini publisiti dan promosi mengenai sukan lasak terutama basikal BMX semakin berkurangan apatah lagi apabila sukan X Games Asia tidak lagi dianjurkan di negara ini.

Menyedari sukan lasak basikal BMX ini masih mempunyai pengikut sendiri, beberapa penggemar BMX telah menganjurkan Suka-Suka BMX Old School Gathering dan Jam 2011 di Taman Sukan Lasak, Seksyen 13 Shah Alam baru-baru ini.

Walaupun hujan lebat pada hari berkenaan kira-kira 200 penggemar basikal BMX tetap setia memeriahkan program Suka-Suka BMX Old School Gathering dan Jam 2011 tajaan empat jenama berkaitan sukan itu iaitu Kayuh BMX, Devise Clothing, ilovebmx dan Momentumlove.

Penganjur program berkenaan, Abd. Rahman Abd. Rahim, 27, atau lebih dikenali sebagai Man Convent berkata, program pembuka tirai 2011 itu diadakan bertujuan untuk mengumpulkan tiga kumpulan penggemar BMX iaitu flatland, street dan old school.

“Kami ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan BMX yang satu ketika dahulu cukup popular dalam kalangan golongan remaja dan kanak-kanak.

“Seingat saya, sukan lasak basikal BMX ini sangat popular pada tahun 1990-an hingga awal tahun 2000. Malah, ia semakin mendapat tempat apabila negara menganjurkan sukan X Games,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Begitupun, Man Convent memberitahu, promosi mengenai sukan lasak basikal BMX semakin berkurangan apabila penganjuran sukan X Games Asia tidak dilakukan di negara ini.

Katanya, sukan lasak basikal BMX masih mempunyai peminat setia yang sentiasa dahagakan aksi-aksi menarik daripada atlet sukan lasak itu.

“Justeru, kami menganjurkan program ini untuk memberi peluang kepada penggemar dan rider BMX bertemu antara satu sama lain sekali gus dapat bertukar pendapat.

“Kita ingin memastikan sukan BMX terus mendapat tempat dalam sukan lasak di negara ini kerana rata-rata atlet negara setanding atlet antarabangsa,” ujarnya.

Kata Man Convent lagi, mereka juga sering meraih kejayaan apabila menyertai pertandingan sukan lasak basikal BMX yang berlangsung di luar negara.

Penggiat sukan basikal BMX

SUKAN basikal BMX mempunyai peminat setia di negara ini.

Sementara itu, penggiat sukan lasak basikal BMX flatland, Shahrul Fazry Ismail, 23, yang mula meminati basikal BMX sejak berusia lapan tahun berkata, dia menggemari sukan berkenaan kerana ia berbeza berbanding sukan lasak lain.

“Apabila menceburi bidang ini kita akan menggunakan setiap anggota badan, malah memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk melakukan pelbagai kemahiran BMX flatland.

“Ia merupakan satu senaman yang amat baik untuk badan dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyihatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd. Raziff, 20, memberitahu, sukan lasak basikal BMX mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang maju di negara ini.

“Tidak mustahil sukan BMX mampu menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya yang dikenali sebagai Botak Kuantan.

Bagi Fadli Kamal, 25, atau Pak Tam yang berasal dari Sungai Petani, Kedah berkata, sukan lasak basikal BMX memberi peluang kepadanya mengembara di luar negara.

“Secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan persabahatan di perantauan dan memperkenalkan Malaysia kepada mata dunia.

“Sukan lasak basikal BMX juga banyak membantu mencabar diri saya untuk maju ke hadapan memahirkan diri dengan kemahiran terbaru untuk dijadikan tatapan umum,” katanya.

Teknik dan basikal BMX

Mohammad Hezlan Abdul Ghafar, 27, yang pernah memenangi beberapa pertandingan peringkat antarabangsa pula menambah, terdapat kira-kira 30 teknik asas perlu dikuasai rider sebelum dapat mencapai kesempurnaan dalam BMX flatland.

Dia yang lebih dikenali sebagai Lan Ipoh dalam persada sukan lasak BMX berkata, sukan berkenaan amat unik dan memerlukan daya pemikiran selain tindakan refleks yang pantas untuk menggayakan pelbagai kemahiran.

“Berbanding permulaan melibatkan diri dalam sukan ini, saya rasa golongan remaja pada hari ini lebih bertuah kerana pelbagai kemudahan sudah disediakan kepada mereka.

“Bahkan, kalau diimbas dahulu kami terpaksa mengimport bahagian-bahagian khusus basikal BMX untuk memastikan ia mengikuti spesifikasi dikehendaki bagi melancarkan kemahiran yang ingin dilakukan,” katanya yang menceburi bidang tersebut sewaktu berusia 15 tahun lagi.

Ahmad Shaiful Azis, 31, yang lebih dikenali Mat Dagu dalam arena sukan BMX berkata, terdapat tiga kategori basikal dalam sukan BMX terutama bagi flatland.

“Kategori tersebut ialah beginner, amatur dan profesional. Terdapat perbezaan ketara pada basikal-basikal ini dari segi kualiti dan harga.

“Sebagai contoh harga bagi basikal profesional adalah RM4,000 ke atas manakala amatur dan beginner pula berharga RM1,000 hingga RM4,000,” katanya.

Mat Dagu menambah, bahan yang digunakan juga berbeza seperti penggunaan keluli chromoly dan aluminium siri 7075 untuk memastikan ia ringan.

Walaupun tidak sepopular dulu namun akuinya, sukan lasak BMX semakin berkembang di negara ini kerana terdapat barisan pelapis yang giat memasuki pertandingan antarabangsa dan tempatan.

PEMANDANGAN INDAH DI KALA PETANG DI TAMAN BAKAU ..KADANG2 AKU SUKA BERSENDIRIAN MEMIKIRKAN KEINDAHAN ALAM ILAHI ..SUBAHANALLAH ..

ASAS-ASAS PUKULAN BERBADMINTON ... GAYAKU SEPERTI LIN DAN ...





CUBA CARI SAYA .. HAHA .. KENANGAN SEMASA KURSUS KETENTERAAN LAUT DI KDSI , JOHOR .. BEST WOO ..


SALAH SATU POSTER DI LOTENGKU , AKU NAK JADI MACAM SATRIA MARITIM ..PANGLIMA!!!

BUKU KARANGAN IMRAN YUSUF NIE AKU BELI ONLINE DARI INTERNET , TAPI TAK HABIS BACA LAGI . MENGISAHKAN CITA2 SEORANG REMAJA .. MACAM AKU.

BUKU NOTAKU SEMASA PENGAJIAN DI KEMAMAN , R.E.T.I .. BANYAK PENGALAMAN HIDUP AKU BELAJAR DI KEMAMAN . PERCINTAAN , PERGAULAN , POLITIK , MUZIK ,

AKU BERENTAKKAN BERSIFAT ALHAMDULILLAH FROM TOO PHAT , SUKA DENGAR LAGU NIE.

Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

KERJA SUDAH SIAP

ALHAMDULILLAH KERJA YANG DIAMANAHKAN OLEHKU BERJAYA AKU SIAPKAN DALAM TEMPOH 2 MINGGU , BANYAK GAK AKU KENA TAIP .. DULU KALO AKU FOKUS BETUL2 KAN , BOLEH SIAP DALAM MASA SEMINGGU JE ..SYUKUR.

HARI RABU SUKAN BOLA TAMPAR .

SEMALAM HARI RABU .. TIME SUKAN , AKU TIDUR KAT SURAU , HUHU ,, TAKLEH BLA LA NGAN SUKAN YANG AKU TAK MINAT . KALO BADMINTON KE , BOLA SEPAK KE , LAYAN GAK .. HAHA ...

Wednesday, April 20, 2011

PUYRAJAYA RETURN TO LUMUT

AKU BERSAMA IBUKU BERTOLAK SEMALAM DARI PUTRAJAYA MENUJU KE LUMUT . DAH LA SILAP JALAN. BAPAK GILE JAUH PUSING BALIK . HUHU , TAPI PUAS HATI DAPAT JALAN.100-12O-KM/H WITH MY CS451...ADA BUKU PETA TAPI XCAM JALAN . HAHA.

Lakaran bandar masa hadapan












KACANG SOYA DAN KESIHATAN

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalanganmasyarakat Cina.
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
I.
Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
II. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
III. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
IV. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan
masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
V. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.

Sunday, April 17, 2011

SEPARUH AKHIR PIALA FA

MANCHESTER UNITED LAWAN MANCHESTER CITY . WAT THE HELL IS GOING ON TO CITY , WAN SAIFUDDIN A.K.A TAMAN TAS THE PILOT OF TLDM , HAHA ...... I AM SUPERMUS " SUPER MANCHESTER UNITED SUPPORTER FROM MALAYSIA . SERI MANJUNG @ INDERA MAHKOTA ............

Saturday, April 16, 2011

FIRST DUTY

HARI NI HARI SABTU.FIRST TIME AKU MASUK DUTY SEMENJAK AKU POSTING DARI KAPAL.AKU NI DULU SAKIT.HUHU.AKU MERONTA-RONTA NAK BEKERJA SEPANJANG AKU SAKIT.AKU MEMINATI DUNIA MARITIM.AKU SUKA LAUT.AKU SUKA KAPAL.AKU NAK SANGAT TENGOK ASET MARITIM MALAYSIA MEMPUNYAI KAPAL-KAPAL YANG BESAR MACAM USA COAST GUARD.CITA-CITA AKU TINGGI.AKU BANYAK CITA-CITA DALAM MARITIM NIE.AKU PENAH PASANG NIAT DAN NAK JADI MACAM PANGLIMA PERANG MARITIM.

Thursday, April 14, 2011

BMX : MALAYSIA ADALAH PENDATANG BARU

MALAYSIA SEBELUM INI TIADA PELUMBA BMX . DAN TAK SILAP AKU , KAT INDONESIA NANTI MALAYSIA HANTAR WAKIL ... SIAPAKAH CALON-CALONNYA .. ? HAHA

Wednesday, April 13, 2011

KENAPA AKU SAKIT..

KENAPA EAK .BANYAK FIKIR SANGAT PASAL FITNAH DAJJAL , IMAM MAHDI DAN AKHIR ZAMAN ..MACAM EMMM NTAH LA NAK CAKAP CAMNE ..... TAHUN LEPAS , 3 BULAN LEBIH AKU TAK G KEJE , HUHU .. PELIK ... KENA PERBUATAN ORANG KE .. WALWAHUALAM .. BANYAK USTAZ AKU JUMPA SAMPAI KE KELANTAN JUMPA TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT .. TOK GURU MARAH KT AKU JANGAN FIKIR MACAM MANA NAK JADI MACAM  MAHATHIR MOHAMMAD .. FIKIR KEBESARAN ALLAH LAGI BAGUS ... SEBELUM NIE BANYAK POSTING NGARUT NGARUT AKU TULIS ... AKU KE ORANG LAIN EAK YANG TULIS .. PELIK TAPI BENAR .SIGNOUT.

Monday, April 11, 2011

MENTOS BOM COCA COLA , HAHA

Jom tengok projek baik punya nie..







AZAB KUBUR

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnyaselepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya.Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.

Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. MAHA SUCI ALLAH!! Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkanketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.

Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yangdijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa.Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.

Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir,dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab“Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab“Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu”Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagaiperingatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

CUBA TENGOK BETUL2 GAMBAR DI BAWAH NIE ... APA YANG KORANG PERASAN?

MUSTAFA KAMAL ATATURK

Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk.Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jamdan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Saturday, April 09, 2011

DRAGON BALL ATAU ULTRAMAN?

CAKAP PASAL DRAGON BALL KAN , AKU MINAT GOKU JADI SUPER SAIYA .. AKU SUKA TENGOK CITER NIE , HAAA BESOK JAM 10.00 PAGI NTV7 JOM KITA TENGOK RAMAI-RAMAI .. AKU NAK TENGOK MACAM MANA SI GOKU NIE CARI 7 BIJI BOLA NAGA , BAGI AKU LAK , ADA ORANG PENAH G TAHU KAT AKU , KALO KITE JUMPE 7 ORANG MUKA YANG SAMA IRAS NGAN KITA, DUNIA NIE NAK KIAMAT DAH , WALWAHUALAM .. ULTRAMAN LAK EAK .. ? CITER NIE PUN AKU MINAT GAK . DULU MASA KECIK-KECIK SUKA LAYAN CITER NIE .. SAMPAI SEKARANG PUN AKU LAYAN CITER HERO-HERO NIE . DULU PENAH CITA-CITA NAK JADI ULTRAMAN , HAHA .

HARAPANKU ....

 AKU SELALU BERDOA KAT ALLAH AKU NAK NGAT JUMPA RASULULLAH S.A.W .. AKU TAKUT DENGAN DUNIA SEKARANG NIE . MACAM MACAM .. DAH LA MASA AKU SAKIT DULU , BANYAK BENDA MEREPEK - REPEK AKU TULIS . TAPI AKU PELIK LAK , SEMINGGU TU AKU TAKLEH BUKAK NGAN AKU PUNYA POST-POST YANG SEBELUM NIE HILANG MACAM TU JE .. PELIK GAK , SIAPA PUNYA ANGKARA EAK . PASTU KAN MASA AKU SAKIT TU KAN , MACAM SATU PETANDA LAK MIMPI OSAMA LADEN AJAK PERGI PERANG NGAN DIA ....DALAM SEMINGGU LEBIH OSAMA DATANG DALAM MIMPI AKU ..AKU KDG2 JADI TAKUT LAK... MACAM - MACAM AKU KENA SOAL .DAH LA MASA TU BANYAK WAT RESEARCH PASAL DAJJAL NGAN IMAM MAHDI.....ORANG CAKAP AKU NIE GILA LA , APA LA . TAPI AKU NI JENIS TAK KISAH ORANG NAK CAKAP PE PASAL AKU , SEBAB KDG2 AKU NIE JENIS SLUMBER WAWA .. AKU NAK CARI TOK GURU MURSYID ... MACAM TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT ..

KENAPA TAKLEH ACCESS SPA EAK ?

PELIK GAK NIE . MASALAH LAMA NIE . DAH BERHARI HARI AKU NAK TRY MASUK SPA8 TU TAPI CAM SIAL JE TAKLEH NAK ACCESS ACCOUNT .. MACAM MACAM EMAIL AKU GUNA , TAPI HAMPEH .. YA ALLAH . KENAPA EAK .. AKU NAK APPLY LEFTENAN MARITIM NIE .. NAK BERALIH ANGIN , AKU MINAT GILER NGAN MARITIM . SEBAB APE EAK . AKU NIE DULU MINAT KAPAL . MINAT SEJARAH . NAK JADI MACAM LAKSAMANA CHENG HO .... AKU NAK BERDAGANG , AKU MINAT BERNIAGA . AKU NAK TOLONG PALESTIN NANTI .. AKU NAK HANTAR BANTUAN BANTUAN KE NEGARA NEGARA ARAB YANG DITINDAS . MACAM MANGKUK HAIYUN JE SANG YAHUDI TU .

APA SAYA BUAT HARI SABTU EAK ..

HARI NIE TAK KEJE .. CUTI KATAKAN , AKU PAGI TADI G KEBUN LADANG KELAPA SAWIT NGAN MAK AKU , AYAH LONG MAT AROH DAN JUGA MAK LONG . KAMI MENABUR BAJA DI SEKELILING KEBUN POKOK LADANG KELAPA SAWIT TU .. LETIH TAU TAPI PUAS HATI . TAK TAHU LA NAPE AKU KATAKAN PUAS HATI . HEHE ... SEBELAH TENGAH HARI LAK TADI AKU TENGOK CITER HINDUSTAN , CITE DIA BEST NGAT , PASAL ROBOT . HAHA .. ADA KE ROBOT CHITTI TU NAK KAHWIN NGAN AISHWARA RAI , HEROIN DALAM CITER TU , LAYAN GAK AKU TADI ... SEBELAH PETANG LAK LEPAK LEPAK PULAU PANGKOR JE .. PULAU PANGKOR DARI RUMAH AKU DEKAT NGAT . KADANG-KADANG DAH BOSAN DUK SINI . SEMUA TEMPAT AKU G SAMA JE .

4ever

4ever
BBS