Wednesday, September 05, 2012

Berfikir Seperti Orang Berjaya!

Berfikir. Fikir merupakan ‘turning point’ pertama dan utama kita untuk berjaya. Ok, sekarang anda lihat pula orang orang yang berjaya. Siapa? Terpulang kepada anda. Ikut seperti apa yang anda mahu berjaya, seterusnya cari siapa tokoh yang berjaya seperti mana apa yang anda impikan. Cuba anda bayangkan bagaimana cara dia berfikir. Adakah tokoh berjaya itu hanya goyang kaki. Adakah insan tersebut berfikir seperti anda. Jika insan tersebut merupakan rakan atau kenalan anda, anda boleh selami sendiri pengalaman hidupnya dan tanya, ‘apa yang anda fikirkan?’. Saya yakin dan percaya, setiap insan yang berjaya, mereka Optimis!. Dan sebagai seorang muslim, di sebalik kejayaan itu pasti ada bantuan Allah hingga menyebabkan insan tersebut berjaya. Adakah anda menyangka insan ini berjaya hanya kerana Qada’ dan Qadar? Hey kawan, jika anda berfikir begini, anda telah menjauhkan diri dari kejayaan. Saya bukan membelakangi Qada’ dan Qadar. Tetapi, bukankah setiap apa yang kita usahakan, Allah pasti membalasnya. Ayat al-Quran bersepah sepah memperkatakan perihal usaha. Allah berjanji akan memberi pulangan yang berlipat ganda jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, merendah diri dan penuh tawakkal kepadanya. Yakinlah kepada Allah. Dia yang memberi segalanya. Tidak dinafikan, kita patut bersyukur di atas nikmat yang kita perolehi sekarang. Ya, syukurilah. Ucapkanlah Alhamdulillah. Sujud syukurlah. Namun, jangan hanya bersyukur sahaja! Minta lagi! Lagi dan lagi. Jangan sekat rezeki yang sepatutnya anda dapat. Jika anda sendiri sudah menyekat rezeki dengan hanya bersyukur tanpa meminta, maka setakat itu sahajalah rezeki anda. Berfikirlah seperti seorang yang berjaya! Orang yang berjaya cara pemikirannya unik. Kehidupan seharian dirasakan cukup indah. Udara yang dihidu terasa sangat nyaman setiap hari. Orang berjaya mendepani kehidupan dengan senyuman. Semat dalam hati keyakinan yang tinggi pada Allah. Insya ALLAH hari hari yang dilalui akan dirasakan satu taman yang indah…

No comments:

4ever

4ever
BBS