Wednesday, December 18, 2013

TANDA-TANDA HAMBA KESAYANGAN ALLAH ...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jika seorang isteri mengharapkan kasih sayang suami kepada dirinya dan seorang anak akan mengharapkan kasih sayang ibu bapa maka lebih-lebih lagi seorang hamba mengharapkan kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada dirinya. Tidak ada kasih sayang yang cukup mulia dan tinggi kedudukannya melainkan kasih sayang Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Setiap sesuatu kebaikan yang dikehendaki oleh Allah SWT ada tanda-tandanya . Terdapat tiga tanda-tanda seorang hamba itu di kasihi dan disayangi oleh Allah SWT di dunia ini.  

Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Kedua : Allah SWT  membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Huraiannya :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tabrani )

Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Ia mempercepatkan balasanNya di dunia lagi agar manusia itu insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini.

Setiap mukmin sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redha yang mungkin ianya sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya, atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah. Adalah lebih baik jika kita

menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan untuk bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat.

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Melihat firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya. Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.

Oleh itu banyakkan bersabar dan elakkanlah dari mengeluh dan berdukacita bila Allah SWT timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini.

Kedua : Allah SWT  membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." (Hadis Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr)

Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah, kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh.Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,riak, ujub, membalas dendam, marah dan sebagainya. Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja. Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah; telinga yang cintakan nasihat yang benar.

Adakah ciri-ciri ini kita miliki? Jika ada maka itu adalah tanda-tanda kita disayangi oleh Allah SWT.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)

Apabila Allah SWT hendak memberikan kebaikan kepada seorang hamba-Nya dan menyayanginya maka Dia akan memberi kefahaman untuk memahami agama Islam dan mampu pula dihayati agama Islam itu di dalam kehidupannya. Agama Islam bukan agama teori semata-mata tetapi ianya adalah agama untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.

Orang mukmin yang diberikan kefahaman agama tidak akan sanggup mengadaikan akidah semata-mata untuk mendapat habuan dunia, tidak akan mencintai dunia hingga melupakan kehidupan dihari akhirat. Dia akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Maidah ayat 3)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Jika tiga tanda-tanda di atas ada kita miliki ini bermakna Allah SWT sedang menyayangi kita, tetapi jika tidak ada dikhuatiri kita sedang dimurkai-Nya. Oleh itu bertaubatlah dan terus berdoa semoga kita di pelihara oleh-Nya dan di sayangi-Nya dan kita terpelihara daripada rosak dan binasa. Dia sentiasa bersedia menerima taubat hamba-hamba-Nya.

Saturday, December 07, 2013

APABILA MUNCULNYA ALAT-ALAT MUZIK , WANITA PENYANYI , ..... BUKIT MULA BERSUARA '

Peristiwa tanah runtuh yang sering berlaku di dunia ini termasuk di negara kita membenarkan sabda Nabi s.a.w dalam beberapa hadis baginda. Perkara ini dinamakan sebagai al-Ikjaz al-Ilmi (Mukjizat Ilmu) di mana baginda s.a.w memberitahu perkara yang akan berlaku di masa akan datang.
Selain itu, hadis ini juga merupakan peringatan kepada umat Islam supaya mereka berwaspada tetapi kebanyakan umat hari ini tidak mengambil peduli akan peringatan baginda Rasul s.a.w ini.
Hadis-hadis baginda yang menceriatakan peristiwa tanah runtuh ini dikeluarkan dalam sahih al-Bukhari dan lainnya sebagai berikut :
عن أَبُو عَامِرٍ أَوْ أَبُو مَالِكٍ الْأَشْعَرِيُّ وَاللَّهِ مَا كَذَبَنِي سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ يَأْتِيهِمْ يَعْنِي الْفَقِيرَ لِحَاجَةٍ فَيَقُولُونَ ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا فَيُبَيِّتُهُمْ اللَّهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ وَيَمْسَخُ آخَرِينَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya : Daripada Abu’Amir atau Abu Malik al-Asy’ari katanya : Demi Allah, tidaklah aku berdusta bahawa telah mendengar Nabi s.a.w bersabda : “Akan ada segolongan daripada umatku menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat muzik dan akan tinggal beberapa golongan di sisi sebuah bukit (cerun bukit), datang kepada mereka pada waktu petang dengan haiwan ternakan mereka segolongan fakir untuk memohon hajat keperluan lalu (penduduk bukit) itu berkata : datanglah semula kepada kami keesokan hari. Maka pada malamnya Allah s.w.t menurunkan azab dan meruntuhkan bukit dan menukar sebahagian yang lain menjadi kera-kera dan babi-babi sehingga hari kiamat”. [al-Bukhari dalam Kitab al-Aysribah, Bab Pada Menyatakan Mereka yang Menghalakan Arak dan Menukar Namanya dan Abu Daud dalam Kitab al-Libas (4039) ].
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menyatakan akan ada dalam kalangan umat baginda yang melakukan maksiat tanpa segan silu seolah-olah perkara tersebut halal. Mereka minum arak dengan bebas, berzina dengan bebas, memakai sutera dengan bebas, menyanyi dan bermain muzik dengan bebas tanpa merasakan bahawa perkara ini haram. Perkara ini berlaku kerana tiada yang melarangnya dengan kekuasaan (undang-undang), banyaknya orang yang melakukanny dan dilakukan dengan terbuka.
Nabi s.a.w menyatakan pula bahawa mereka yang melakukan ini adalah golongan kaya yang membina rumah mereka di bukit-bukit dan mereka menjadi tempat meminta pertolongan daripada golongan fakir. Akhirnya, Allah s.w.t meruntuhkan bukit yang menjadi tempat tinggal mereka dan menimpakan mereka dengan tanah runtuh. Adapun mereka yang terselamat daripada kejadian itu akan diubah menjadi kera dan babi yakni perangai dan akhlak mereka. Ini adalah perkara yang sama berlaku kepada Bani Israel suatu ketika dahulu.
Dalam hadis yang lain pula dinyatakan :
عن عمران بن حصين : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال في هذه الأمة خسف ومسخ وقذف فقال رجل من المسلمين يا رسول الله ومتى ذاك ؟ قال إذا ظهرت القينات والمعارف وشربت الخمور
Maksudnya : Daripada Imran bin Husoin bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Dalam Umat ini akan ada yang akan ditenggalamkan dalam bumi (ditimbus tanah), ditukar kejadiannya, dan dipanah halilintar”. Berkata seorang lelaki (sahabat) daripada muslimin : Wahai Rasulullah, bilakah ia akan berlaku? Jawab baginda :” Apabila munculnya wanita-wanita penyanyi dan alat-alat muzik dan diminumnya arak”. [al-Tarmizi, Kitab al-Fitan, (2212)].Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa munculnya penyanyi dan muzik sehingga dianggap biasa demikian juga arak bebas diminum tanpa segan silu menjadi sebab Allah s.w.t menurunkan bala berupa tanah runtuh sehingga ada yang tertimbus dalamnya, penukaran perangai menjadi kera dan babi dan panahan halilintar (petir). Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Tabrani dalam Mukjam al-Kabir daripada Sahl bin Saad katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “Akan ada di akhir zaman kejadian tertimbus tanah, penukaran kejadian, dan panahan halilintar”. Ditanya kepada baginda : Bilakah akan berlaku wahai Rasulullah! Jawab baginda : “Apabila munculnya alat-alat muzik, wanita-wanita penyanyi, dan dihalalkan arak”.Kejadian-kejadian ini telah pun berlaku di zaman kita, ramai penyanyi wanita, muzik di mana-mana bahkan siaran radio muzik 24 jam menyebabkan muzik boleh didengari di mana-mana jua lebih dahsyat lagi telefon bimbit yang canggih menyebabkan ketika solat pun kadang-kadang kita boleh mendengar muzik. Arak pula telah menjadi perniagaan yang diiktiraf dan diberi lesen untuk menjualnya.
Telah jelas dalam hadis-hadis Nabi s.a.w di atas bahawa semua tindakan kita pada hari ini yang membiarkan maksiat bermaharajalela menjadi p;unca kenapa Allah s.w.t meruntuhkan Bukit Antarabangsa dan selainnya.
Dalam hadis ini juga menjelaskan kepada kita bahawa Islam telah lama mengharamkan Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, Jangan Lupa Lirik, Marhaban di Astro dan rancangan-rancangan seumpamanya. Semua perkara ini haram di sisi syarak dan para ulama Islam telah lama menetapkan hukumnya, namun sesetengah pihak yang sakit jiwanya cuba menutup perkara ini daripada pengetahuan awam.
Mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik dengan nama Islam sedangkan Allah s.w.t di dalam al-Qur’an menyifatkan muzik sebagai :
1- Suara Syaitan – (Rujuk Surah al-Isra’ ayat 64)
2- Lahwal Hadis (Perkataan yang sia-sia)- (Rujuk surah Luqman ayat ke-6)
3- Al-Samidun (yakni yang lali dan leka) – (Rujuk surah al-Najm ayat ke-61)
Tidak ada satu pun kebaikan yang Allah s.w.t letakkan pada muzik maka mana mungkin kita boleh memandai-mandai mengatakan muzik ada manfaatnya untuk Islam. Jika benar ada manfaatnya tetntulah Nabi s.a.w dan para Sahabat baginda terlebih dahulu menubuhkan kumpulan Nasyid Islam atau Lagu Dakwah sebagai wasilah dakwah baginda. Apakah kita hendak mengatakan kita lebih bijak dan lebih pandai daripada Nabi s.a.w?! Nauzubillah min Zalik. Allah s.w.t mengharamkan arak sedangkan Dia mengiktiraf dalam arak ada manfaat tertentu tetapi tetap diharamkan kerana mudarat yang lebih banyak ditimbulkan, maka bagaimana pula dengan muzik yang langsung tidak dinyatakan oleh Allah akan manfaatnya?!Insaflah wahai saudaraku sekalian..
Oleh itu, saya menyeru kepada Umat Islam sekaliannya dan Umat Islam di Malaysia khasnya, marilah kita segera bertaubat dan kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sesuai dengan pemahaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda bukan Islam yang kita tafsirkan sendiri sesuai dengan hawa nafsu kita.Wallahua’lam

KALAULAH ILMU ITU UMPAMA MINUM AIR ... TETAPI ILMU ITU UMPAMA ....


SELEMAH-LEMAH MANUSIA ...... ?

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.... Fikir fikirkanlah ...

CARA SEDERHANA UNTUK BAHAGIA

Betapa dekat kebahagiaan bagi mereka yang menetapi do’a ini:
“اَللَّهُمَّ قَنِّعْــنِيْ بِـمَا رَزَقْــــتَــنِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَاخْلُفْ عَلَى كُـلِّ غَائِـبَةٍ لِيْ بِـخَيْرٍ”“Ya Allah, jadikanlah aku merasa qana’ah (merasa cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah engkau rezeqikan kepadaku, dan berikanlah barakah kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua yang hilang dariku dengan yang lebih baik.” ...

KISAH BANJIR ZAMAN NABI NUH

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (QS. Al Ankabut: 14) Sebagaimana Banjir Nuh itu juga dikisahkan dalam hampir seluruh kebudayaan manusia, banjir Nuh adalah salah satu dari sekian banyak contoh kisah-kisah yang paling banyak diuraikan dalam al-Qur'an. Kengganan umat Nabi Nuh terhadap nasehat dan peringatan dari Nabi Nuh, bagaimana reaksi mereka terhadap risalah Nabi Nuh, serta bagaimana peristiwa banjir selengkapnya terjadi, semuanya diceritakan dengan sangat detail dalam banyak ayat al-Qur'an. Nabi Nuh diutus untuk mengingatkan umatnya yang telah meninggalkan ayat-ayat Allah dan menyekutukanNya, dan menegaskan kepada mereka untuk hanya menyembah Allah saja dan berhenti dari sikap pembangkangan mereka. Meskipun Nabi Nuh telah menasehati umatnya berkali-kali untuk mentaati perintah Allah serta mengingatkan akan murka Allah, mereka masih saja menolak dan terus menyekutukan Allah. Tentang bagaimana kejadian itu berkembang, dilukiskan dengan jelas dalam ayat-ayat berikut: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu ia berkata "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepadaNya)?". Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu , yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu . Dan kalau Allah menghendaki , tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar seruan (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. Ia tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila , maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu. Nuh berdoa, "Ya Tuhanku, tolonglah aku karena mereka mendustakanku" .(Al-Mukminun : 23-26) Sebagaimana dikemukakan dalam ayat-ayat tersebut, pemuka masyarakat di sekitar Nabi Nuh berusaha menuduh bahwa Nabi Nuh telah berusaha untuk munjukkan superioritasnya atas masyarakat lingkungannya, mencari keuntungan pribadi seperti status sosial, kepemimpinan dan kekayaan...... Karena itulah, Allah menyampaikan pada Rasulullah Nuh bahwa mereka yang menolak kebenaran dan melakukan kesalahan akan dihukum dengan detenggelamkan, dan mereka yang beriman akan diselamatkan. Maka, pada saat hukuman datang, air dan aliran yang sangat deras muncul dan menyembur dari dalam tanah, yang dibarengi dengan hujan yang sangat lebat, telah menyebabkan banjir yang dahsyat. Allah memerintahkan kepada Nuh untuk "menaikkan ke atas berahu pasangan-pasangan dari setiap species, jantan dan betina, serta keluarganya". Seluruh manusia di daratan tersebut ditenggelamkan ke dalam air, termasuk anak laki-laki Nabi Nuh yang semula berpikir bahwa dia bisa selamat dengan mengungsi ke sebuah gunung yang dekat. Semuanya tenggelam kecuali yang dimuat di dalam perahu bersama Nabi Nuh. Ketika air surut di akhir banjir tersebut, dan "kejadian telah berakhir", perahu terdampar di Judi, yaitu sebuah tempat yang tinggi, sebagaimana yang diinformasikan oleh Qur'an kepada kita. Studi arkeologis, geologis, dan studi historis menunjukkan bahwa insiden tersebut terjadi dengan cara yang sangat mirip dan berhubungan dengan informasi al-Qur'an. Banjir tersebut juga digambarkan secara hampir mirip di dalam beberapa rekaman atas peradaban-pertadaban masa lalu di dalam banyak dokumen sejarah, meski ciri-ciri dan nama-nama tempat bervariasi, dan "seluruh apa yang terjadi pada sebuah asbak manusia" disajikan untuk manusia saat ini dengan tujuan sebagai peringatan. Di samping dikemukakan dalam Perjanjian Lama, kisah tentang banjir Nuh ini diungkap dengan cara yang hampir mirip dalam rekaman-rekaman sejarah Sumeria dan Assiria-Babilonia, dalam legenda-legenda Yunani, dalam Shatapatha, Brahmana serta epik-epik dalam Mahabarata dari India, dalam beberapa legenda dari Welsh di British Isles, di dalam Nordic Edda, dalam legenda-leganda Lituania, dan bahkan dalam cerita-cerita yang berasal dari Cina. Bagaimana mungkin bisa terjadi, cerita-cerita yang sebegitu detail dan konsisten bisa didapat dari daratan-daratan yang secara gegografis dan kultural berbeda jauh, yang saling berjauhan letaknya baik antara satu tempat dengan tempat yang lainnya, maupun dari tempat-tempat tersebut dengan tempat terjadinya banjir?. Jawabannya sangat jelas: fakta bahwa peristiwa yang sama, yang saling berkaitan dalam berbagai rekaman sejarah berbagai bangsa tersebut, yang mana sangat kecil kemungkinannya bahwa mereka bisa saling berkomunikasi (mengingat masih rendahnya peradaban masa itu), itu semua merupakan bukti yang sangat gamblang bahwa orang-orang dari berbagai bangsa itu menerima pengetahuan tentang banjir itu dari sebuah sumber Ilahiah. Nampaknya bahwa banjir Nuh, salah satu dari tragedi yang paling besar dan destruktif sepanjang sejarah itu, telah diriwayatkan oleh banyak Nabi yang diutus ke berbagai peradaban bangsa-bangsa dengan tujuan untuk memberikan sebuah contoh atau I'tibar. Dengan demikian bisalah dipahami dengan mudah bahwa berita tentang banjir Nuh itu tersebar dalam berbagai budaya di dunia. Namun, di balik diriwayatkannya kejadian itu dalam berbagai budaya dan sumber-sumber ajaran berbagai agama, cerita banjir dan tragedi yang terjadi pada masa Nabi Nuh itu telah mengalami perubahan yang cukup banyak dan telah terpendar dari kisah aslinya dikarenakan kepalsuan berbagai sumber ceritanya, pemindahan cerita dengan cara yang tidak benar, atau bahkan mungkin dikarenakan memang sengaja dilakukan untuk suatu tujuan-tujuan yang tidak baik. Riset menunjukkan bahwa, di antara sekian banyak riwayat tentang banjir Nuh yang secara mendasar masih berkaitan namun dengan berbagai perbedaan, satu-satunya penggambaran (periwayatan) yang paling konsisten hanya satu, yakni di dalam al-Qur'an.

3 AYAT AL-QURAN YANG MENGGAMBARKAN BANJIR

041. Maka dimusnahkanlah mereka oleh suara yang mengguntur dengan hak dan Kami jadikan mereka (sebagai) sampah banjir maka kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu. (Al-Mu’minun : 23) 014. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (Al-Ankabuut : 29) 016. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. (Saba : 34) Ada 3 ayat yang menceritakan banjir 1. Surat Almu’minuun ayat 41, dalam ayat ini tidak digambarkan secara jelas kapan terjadinya banjir 2. Surat Al-Ankabuut ayat 14, di dalam surat ini masa banjir di kenabian Nuh AS. 3. Surat Saba ayat 16, kejadian banjir di negeri Saba masa Sulaiman AS putra Daud AS. Kesimpulan Al-Qur’an menggambarkan masa banjir dalam dua periode : 1. Masa Nuh AS 2. Masa Sulaiman AS Dan kejadian Banjir di ayat Saba menggambarkan banjir yang sangat dahsyat yang mengakibatkan : 1. 1. tanaman yang tadinya berbuah manis berubah menjadi pahit. 1.2. Bumi terpecah belah yg meyebabkan jarak satu sama lain semakin jauh

4ever

4ever
BBS