Saturday, May 31, 2014


Baru-baru kita dikejutkan dengan penemuan DNA badi di dalam produk keluaran CADBURY. Seluruh Malaysia bercakap tentangnya, tetapi di dalam kesibukan mencari nafkah, adakah kita melakukan perkara-perkara di bawah ini? Ikuti apa kata Ustaz Zaharuddin di dalam perkara ini bertajuk Haram DNA Babi vs Duit Haram.

Untuk Perhatian : Haram DNA Babi vs Duit Haram

1. Cadbury ada logo halal rupanya ada dna babi
Hukum : DIMAAFKAN bagi yang termakan, tak perlu cuci darah dan sertu.

2. Rasuah diambil untuk beri projek
Hukum : Duit HARAM & tiada yang ter'rasuah'

3. Duit kopi diambil dek kerana jawatan untuk memudahkan kelulusan Hukum : Duit HARAM

4. Menipu quotation untuk memenangkan yang kurang layak
Hukum : Duit Haram

5. Menaikkan Harga. Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

6. Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

7. Duit riba yang diambil untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, peinjaman peirbadi etc
Hukum : HARAM malah lebih besra dosanya dari sengaja makan daging babi, bukan hanya DNA babi.

Tuesday, May 20, 2014

CINTA KASIH SAYANG RINDU SUKA SEMUA ADA ... ALHAMDULILLAH ...


AMINNN SAHABAT

AMIN...  teringat kat kawan lama kat negeri perak dulu ... Asal gua musang , kami rapat .. ke mana saja kami pergi di situ ada Amin dan Mustaqim ..Dalam bahasa arab ada 4 kata amin yang berbeza makna:

1. "AMIN" (alif dan mim sama-sama pendek) yang Bermakna AMAN,TENTERAM...


2. "AAMIN" (alif panjang dan mim pendek) yang Bermakna Meminta perlindungan..


3. "AMIIN" (alif pendek dan mim panjang)
yang Bermakna JUJUR..


4. "AAMIIN" (alif panjang dan mim panjang)
yang Bermakna  Ya Allah, kabulkanlah do'a kami..


TIGA SUARA SATU JIWA ..



Manusia – Eh, dah subuh dah?

Malaikat – Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan – Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni…awal lagi ni..zzZZz

Manusia – Nak makan, laparlah ..
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahlah… dah lapar ni ! makan saja..sedapny
Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan – Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan – Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu…rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…pandai2 lah

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

CINTA ...


Thursday, May 15, 2014

BEBERAPA PENDAPAT MENGENAI STATUS WUDUK SUAMI ISTERI YANG BERSENTUHAN . BATAL ATAU TIDAK ?

Jawapan:
Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Dalam masaalah ini para ulama berbeza pendapat kepada 3 golongan:

1. Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termausk suami dan isteri) membatalkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

Dalilnya mazhab pertama antaranya:

i- Ayat al-Quran:

أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء

Maksudnya: “Atau kamu menyentuh wanita.” – maka kamu perlu mengambil wudhu.

2. Berpandangan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu samaada sentuh dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pandangan dalam mazhab Hanafi R.H.

Dalil mazhab kedua antaranya:

i. Hukum asal orang yang berwudhu adalah kekal wudhunya selama-mana tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wudhunya. Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan wudhu. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam ertikata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu terdapat hadith yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wudhu, dan hadith-hadith ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jima’ atau bersetubuh. Hadith-hadith tersebut ialah:
ii. Daripada ‘Aisyah R.’anha:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا

Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

iii. Daripada ‘Aisyah juga:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah R.A. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Para ulama dari mazhab al-Syafie mengemukan jawapan terhadap hadith ini. Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitulah mereka berpendapat barangkali sentuhan yang berlaku antara Nabi S.A.W. dan ‘Aisyah itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, sehingga al-Syaukani berkata: “Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan zahir (dalil).”

3. Berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu jika tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu. Ini adalah mazhab Malik dan Hambali.

Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada dalam masaalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: “Atau apabila kamu menyentuh wanita (kamu perlu berwudhu)” kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wudhu dengan hanya bersentuhan antara lalaki dan wanita, dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi dan ‘Aisyah, dan baginda tidak memperbaharui wudhu.

Sebahagian ulama, terutama yang berpendapat tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita berpendapat, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama mazhab Malik dan Hambali ini benar jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit. Akan tetapi terdapat penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jima’ atau bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini sepert yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas R.A. dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn ‘Abbas ini didahulukan berbanding penafsiran lain, kerana Nabi S.A.W. pernah berdoa kepada Ibn ‘Abbas dengan doa baginda yang berbunyi:

اللهم فقّهه في الدين وعلمّه التأويل

Maskudnya: Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn ‘Abbas) dalam hal-ehwal agama dan ajarkanlah dia tafsir (al-Quran).” (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik al-Tohawiah)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh (المس) dengan maksud jima’ atau bersetubuh, antaranya firman Allah S.W.T.:

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً

Maksudnya: “Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka.” (al-Baqarah : 236)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ

Maksudnya: “Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu.” (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah berfirman dengan menggunakan kalimah menyentuh dengan maksud bersetubuh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mut’ah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul dalam persoalan ini adalah pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah ‘Aziz Abdillah bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

Wallahu a’lam. bs.

STATUS WUDUK SUAMI ISTERI YANG BERSENTUHAN . BATAL ATAU TIDAK ?

Jawapan dari persoalan itu ialah, menurut mazhab syafie adalah terbatal secara mutlak (tanpa syarat dan kiasan). Hujah yang dikemukakan ini adalah disandarkan kepada dalil Al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Maidah : 6)

Dari dalil di atas ini, mazhab syafie mentafsirkan perkataan lamastum ialah bermaksud bersentuhan antara lelaki dan perempuan termasuk suami dan isteri. Dalam masalah ini ada pendapat dari mazhab-mazhab lain berbeza pandangan mereka dengan mazhab syafie. Antaranya ialah :

  1. Mazhab hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal.
  2. Mazhab maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.
  3. Syiah berpendapat tidak terbatak wuduk antara suami dan isteri, kerana mereka ini telah menjadi muhrim disebabkan perkahwinan diantara mereka.
Kesimpulan dari huraian di atas ini, saya berpendapat bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya, kerana negara kita telah menetapkan mazhab syafie sebagai pegangan, maka kita perlulah menjadikannya sebagai pegangan dalam menentukan sesuatu hukum Ini juga penting untuk mengelakkan perbalahan di dalam masyarakat. Kecuali apabila kita ditimpa dharurat atau musibah. Pendapat mazhab syafie lagi menyatakan tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri apabila menyentuh kuku, gigi dan rambut.

CINTA KERANA ALLAH ...



ROMANTIKA RINDU BERSAMA DI CAMERON HIGLANDS ...







BISMILAHIRAHMANIRAHIM .. KU PINANGMU DENGAN BISMILLAH . ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI ....




Wednesday, May 14, 2014

FASA SETERUSNYA ...

BISMILAHIRAHMANIRAHIM .. ALHAMDULILLAH .. SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM ... SUDAH LAMA TIDAK DIUPLOAD SEBARANG CERITA , SEBARANG BERITA , BANYAK PERKARA , SEJARAH LAMPAU YANG MENJADI CORETAN DAN PERJALANAN HIDUPKU SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG KERDIL DI MUKA BUMI INI .... JARI JEMARIKU KINI MULA MENARI-NARI BERIRAMA DI PAPAN KEYBOARD ...KINI AKU BERUMUR 26 TAHUN SUDAH BERGELAR SUAMI KEPADA NOOR AZILA BINTI YUSOFF YANG BERUMUR 24 TAHUN , ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH YA ALLAH .... BANYAK PERKARA YANG PERLU AKU BELAJAR SETELAH BERTUKAR TITLE FROM SINGLE TO MARRIED .... YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI YA ALLAH ... SUNGGUH BAHAGIA ... BBS , BERCINTA BIAR SATU .. CINTAILAH ALLAH YANG SATU KERANA ITULAH CINTA YANG ABADI , ALLAH LAH YANG MENGURNIAKAN PERASAAN CINTA , RINDU , SAYANG , KASIH , DAN SEGALANYA TERNYATA MILIK ALLAH ..PASTIKAN SETIAP MASA SETIAP DETIK HANYA KALIMAH YA ALLAH DI HATI, SUBHANALLAH SUNGGUH INDAH CIPTAAN MU...... BBS , BERKASIH BIAR SETIA , JADILAH SEPASANG KEKASIH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG SENTIASA MENGASIHI MEMAHAMI MENYAYANGI SATU SAMA LAIN , SETIALAH PADA YANG SATU YANG SENTAISA INGIN MENCINTAI DAN DICINTAI , CUBALAH UNTUK SETIA ....... BBS . BERSAHABAT BIAR SERIBU , SAHABAT ...... SAHABAT RAKAN KAWAN SATU ISTILAH YANG NAMPAK SAMA TETAPI MEMPUNYAI MAKSUD YANG LAIN .... CARILAH SAHABAT YANG DAPAT MEMBAWA KAMU KEPADA KEBERKATAN ALLAH .... JAUHILAH SAHABAT YANG MENJERUMUS KAMU KEPADA KEMUNGKARAN ALLAH ... NASIHATILAH SAHABAT2 KITA KE ARAH HIDUP YANG DIBERKATI ALLAH ..... BERSAHABATLAH SERAMAI YANG MUNGKIN KERANA DENGAN BERSAHABAT KITA AKAN KENAL BANYAK PANCAROBA DALAM KEHIDUPAN INI ............. 

4ever

4ever
BBS