Thursday, June 26, 2014

WAHAI PURNAMA ....


Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Terangi kegelapan dan kebatilan...
Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...
Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2 kali)
Siang dan malam jua...(2 kali)
Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2 kali)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...
Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii
Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Sunday, June 22, 2014

MENCARI BUKU YANG HILANG ...

 Buku ni dibeli pada tahun lalu .. tapi sayang sudah hilang ... Aduh .. mana nak cari buku yang hilang nie .... Habis kemas satu bilik tapi masih tak jumpa lagi buku nie .... Tak abis lagi baca buku nie .. Minat dengan  cetusan ideanya ialah Konsep Jihad Bisnes, Waqaf Korporat dan Keusahawan Islam. Idea-idea bernas Tan Sri Muhammad Ali tidak setakat lontaran pendapat dalam seminar, bengkel dan taklimat, tetapi diabadikan di dalam tulisan. Tan Sri Muhammad Ali setakat ini telah menghasilkan tiga buah buku. Selain dari buku Khalifah Ganti Superman yang dibicarakan, beliau juga telah menghasilkan buku Membujur Lalu … Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan (1995) dan Bisnes Satu Cabang Jihad (2003).Sesuai dengan slogan yang dipegang oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim bahawa Bisnes adalah Jihad, maka antara misi yang dibawa di dalam bukunya ini ialah memperkasa Ekonomi Bangsa dan Umat. Bagi menjayakannya perlu kepada pembaharuan dan mempunyai pendekatan dan strategi berkesan sebagai institusi secara lslam. Beliau menganjurkan bisnes hendaklah dilakukan secara kolektif dan berjamaah dan kreatif. Menurutnya bangsa Melayu selaku umat Islam tidak berjaya di dalam bisnes selagi tidak bersifat alyadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya ke Jalan Allah. Usahawan Muslim tidak seharusnya hanya menerima pendekatan barat, tetapi perlu kreatif dan inovatif di dalam bisnes yang seharusnya menurut acuan Islam.Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga melihat kaedah terbaik ialah ialah dengan memasyarakatkan usaha dan menentukan teraju kuasa ekonomi diserah kepada tangan al-yadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya. Antara yang dicadangkan dan dulakukan ialah melalui Jihad melalui kaedah Waqaf Korporat yang menjadi milik kekal.Bagi Tan Sri Muhammad Ali Hashim peningkatan perlu di dalam berbagai bidang di atas puncaknya ialah pembentukan Insan Khalifah yang merupakan watak unggul bagi insan.Ianya lambang bagi kesempurnaan Insan, lambang kepimpinan dan lambang bagi ilmu dan Ekonomi dan kemasyarakatan.Apa yang dapat dikatakan buku Khalifah Ganti Superman bukan setakat teori, tetapi adalah hasil dari pengalaman dan keterlibatan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan sahabatnya dalam organisasi secara praktik. Kejayaan dapat dilihat terutama di dalam Johor Corporation. Penulis tinggi dari kesedaran keislaman dan jihad di dalam meningkatkatkan ekonomi dan martabat umat. Buku ini patut dibaca oleh mereka yang terlibat di dalam bidang ekonomi, khususnya ekonomi Islam dan jihad memartabatkan umat.Berharap dapat berjumpa dengan insan hebat ini. In Sha Allah ... OIG..

Ramadhan akan menjelang kembali. Hanya tinggal 7 hari 13 jam 40 minit 50 saat sahaja lagi, kaki kita akan melangkah menuju bulan yang bandingannya lebih baik daripada seribu bulan. Namun begitu, adakah aku sudah bersedia untuk menyambutnya? Apakah pula persiapan aku bersama isteriku yang disayangi untuk memacu kejayaan dunia dan akhirat yang kian menerpa ini? 

Betulkan niat
Langkahan pertama bermula dengan memperbetulkan niat. Ini bertepatan dengan hadis nabi s.a.w bahawa semua amal itu berdasarkan niat yang kita sertakan. Tanpa niat yang benar, maka sudah pasti amalan ibadah tersebut bertukar menjadi adat kebiasaan.Berapa banyak amalan dalam kehidupan bermasyarakat telah bertukar menjadi adat yang diperturunkan sejak zaman berzaman. Contohnya, aku yang mandi kerana panas adalah berbeza dengan kawan aku yang mandi dengan berniat membersihkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Begitu juga dengan aku yang beristirehat di dalam masjid adalah berlainan jika dibandingkan dengan kawan aku yang berehat yang disertakan niat beri’tikaf. Demikianlah juga aku yang yang menahan makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadhan kerana diet adalah bersalahan dengan kawan aku yang memasang niat untuk berpuasa...Kesemua yang aku lakukan tadi tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, sedangkan yang kawan aku itu pula diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T atas niat yang telah diniatkan untuk melaksanakan ibadah tersebut.Dari itu, niat hendaklah diberikan keutamaan khusus sebelum kita melakukan sesuatu amalan.

Betulkan ilmu
Seterusnya, mengisi dada dengan ilmu yang benar telah menjadi suatu tuntutan. Ilmu yang benar akan membawa kita menyusuri jalan kebenaran. Lantaran itu, setiap dari kalangan kita membaca surah al-Fatihah yang ada di dalamya doa yang agung iaitu memohon bantuan Allah S.W.T agar diberikan hidayah petunjuk menuju jalan kebenaran. Manakala bagi orang Islam yang telahpun memperolehi hidayah agar dikekalkan ni’mat hidayah itu sepanjang masa.Ilmu yang benar akan memberi jaminan kehidupan yang direhdai oleh Allah S.W.T. Ungkapan “Bacalah” sebagai prasyarat ke arah itu. Arahan iqra’ ini tidak hanya tertumpu sekadar membaca, bahkah dituntut untuk memahami, menghayati, membuat kajian dan analisis agar ilmu yang dibekalkan itu dapat berkembang biak dan tumbuh subur di persada akademik kehidupan.Tanpa ilmu yang benar juga akan menjadikan kita sentiasa diselubungi dengan kekaburan dan kegelapan.

Perbaharui iman
Sebagai persiapan menanti bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai keistimewaan, maka iman dan keyakinan diri hendaklah diperbaharui.  Iman dapat diperbaharui dengan memperbanyakkan ingatan dan kerinduan kepada Maha Pencipta, menzahirkan lemah diri dan menghidupkan rasa kebergantungan hanya kepada Yang Maha Esa.
Perhatikan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anfaal (4 : 23 )
Ertinya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
Banyakkan berzikir
Seseorang yang berzikir akan merasakan dirinya sentiasa didampingi oleh Allah S.W.T dalam setiap kerdipan mata dan hembusan nafas. Kekuatan berzikir ini juga turut disahut oleh para makhluk lain yang menghuni alam ini, seumpama guruh di langit turut bertasbih dan bertahmid kepada Yang Maha Esa.
Lakukan mujahadah diri
Selain itu, bermujahadah adalah merupakan jalan terbaik untuk memperbaiki dan menyuburkan iman, lantaran godaan dan himpitan nafsu yang meragam.  Justeru, ibadah yang berkualiti perlulah dirancang dengan sebaik mungkin bagi memberi ruang yang secukupnya untuk berada di bulan Ramadhan al-Mubarak nanti.
Antara amalan yang bakal dilaksanakan ialah membanyakkan bacaan al-Quran, bersolat tarawih dan qiamullail, suka menderma, menjaga tabiat diri dan tutur bicara serta mendidik nafsu agar menjadi jinak dan patuh arahan.
Kesimpulan
Semoga kunjungan tetamu agung ini menjanjikan kepada kita sesuatu yang mampu membahagiakan kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat nanti.
رَوَى مُسلِمٌ عَن أبِي هُريرةَ أنَّ رَسُولَ اللهِ صلّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ : "إذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أبْوابُالنَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّياطِيْن".
Bermaksud : Apabila Ramadhan tiba maka dibuka segala pintu rahmat, ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". (Sahih Muslim, No. 1793)

RAMADHAN RAMADHAN ...


Ramadhan ...
Yang pesonanya hebat
Hadirkan suasana khusyu dalam beribadat
Lisan dan perilaku juga dijaga sangat
Agar sebulan penuh puasa terasa nikmat
Ramadhan bakal menjelma 
Shaaban bakal melabuh tirai 
Bersama sayangku Noor Azila 
Indah sungguh bersamamu
Bersabar menanti Ramadhan bersamamu 
Bersyukur padaMu Ya Allah 
Alhamdulillah .






4ever

4ever
BBS