Sunday, June 22, 2014

MENCARI BUKU YANG HILANG ...

 Buku ni dibeli pada tahun lalu .. tapi sayang sudah hilang ... Aduh .. mana nak cari buku yang hilang nie .... Habis kemas satu bilik tapi masih tak jumpa lagi buku nie .... Tak abis lagi baca buku nie .. Minat dengan  cetusan ideanya ialah Konsep Jihad Bisnes, Waqaf Korporat dan Keusahawan Islam. Idea-idea bernas Tan Sri Muhammad Ali tidak setakat lontaran pendapat dalam seminar, bengkel dan taklimat, tetapi diabadikan di dalam tulisan. Tan Sri Muhammad Ali setakat ini telah menghasilkan tiga buah buku. Selain dari buku Khalifah Ganti Superman yang dibicarakan, beliau juga telah menghasilkan buku Membujur Lalu … Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan (1995) dan Bisnes Satu Cabang Jihad (2003).Sesuai dengan slogan yang dipegang oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim bahawa Bisnes adalah Jihad, maka antara misi yang dibawa di dalam bukunya ini ialah memperkasa Ekonomi Bangsa dan Umat. Bagi menjayakannya perlu kepada pembaharuan dan mempunyai pendekatan dan strategi berkesan sebagai institusi secara lslam. Beliau menganjurkan bisnes hendaklah dilakukan secara kolektif dan berjamaah dan kreatif. Menurutnya bangsa Melayu selaku umat Islam tidak berjaya di dalam bisnes selagi tidak bersifat alyadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya ke Jalan Allah. Usahawan Muslim tidak seharusnya hanya menerima pendekatan barat, tetapi perlu kreatif dan inovatif di dalam bisnes yang seharusnya menurut acuan Islam.Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga melihat kaedah terbaik ialah ialah dengan memasyarakatkan usaha dan menentukan teraju kuasa ekonomi diserah kepada tangan al-yadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya. Antara yang dicadangkan dan dulakukan ialah melalui Jihad melalui kaedah Waqaf Korporat yang menjadi milik kekal.Bagi Tan Sri Muhammad Ali Hashim peningkatan perlu di dalam berbagai bidang di atas puncaknya ialah pembentukan Insan Khalifah yang merupakan watak unggul bagi insan.Ianya lambang bagi kesempurnaan Insan, lambang kepimpinan dan lambang bagi ilmu dan Ekonomi dan kemasyarakatan.Apa yang dapat dikatakan buku Khalifah Ganti Superman bukan setakat teori, tetapi adalah hasil dari pengalaman dan keterlibatan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan sahabatnya dalam organisasi secara praktik. Kejayaan dapat dilihat terutama di dalam Johor Corporation. Penulis tinggi dari kesedaran keislaman dan jihad di dalam meningkatkatkan ekonomi dan martabat umat. Buku ini patut dibaca oleh mereka yang terlibat di dalam bidang ekonomi, khususnya ekonomi Islam dan jihad memartabatkan umat.Berharap dapat berjumpa dengan insan hebat ini. In Sha Allah ... OIG..

No comments:

4ever

4ever
BBS